Permainan Tradisional Masyarakat Melayu ( Konda-Kondi)
Pengenalan
Permainan tradisional telah berupaya
membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang pada
zaman mereka. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional
pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan
tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini
yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan
datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh
kanak-kanak sehingga hari ini. Antara permainan itu termasuklah Konda -
Kondi.
Sejarah
Permainan ini bermula di Negeri Melaka
dan berkembang ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia, permainan ini menjadi
popular di kalangan kanak-kanak lelaki berbangsa melayu sahaja. Pemain
memerlukan kekuatan mental dan fizikal semasa bermain. Permainan Konda-kondi
juga dikenali sebagai ‘ perik mata ’.
Peralatan
Peralatan yang diperlukan dalam
permainan ini terdiri daripada dua batang kayu hanya sebesar ibu jari sahaja.
- Kayu Ibu, (kayu panjang) kayu ini digunakan sebagai pemukul (penyungkit). Panjang kayu 60cm. Kayu ini berbentuk lurus, bulat dan dari kayu yang keras.
- Kayu Anak, (kayu pendek) kayu ini dikuis oleh pemain ke udara. Panjang kayu ini 15cm. Kayu ini juga berbentuk lurus, bulat dan jenis kayu yang keras.
Tempat bermain
Permainan ini tidak perlu ada ruang yang luas, sebaik-baiknya dijalankan
di tengah-tengah padang untuk memudahkan permainan dimainkan. Di
tengah-tengah padang di korek sebuah lubang sedalam 15cm dengan panjangnya 15cm
dan lebarnya 10cm. Tujuan lubang ini dibuat adalah memudahkan pemain menyungkit
kayu anak melambung ke udara.
Cara Bermain
Permainan Konda-Kondi dimainkan oleh dua pasukan. Setiap pasukan
terdiri daripada dua orang. Lebih meriah permainan dimainkan lebih dari enam
orang satu pasukan.
Cara memulakan permainan undian cara ‘ wan
to som ’ akan dilakukan untuk menentukan pasukan yang harus memulakan
permainan terlebih dahulu.
Cara Pertama
Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu anak melintang di
lubang, manakala kayu ibu menyungkit kayu anak itu supaya melambung ke udara.
Selepas itu pemain pertama meletakkan kayu ibu di lubang. Pada masa yang
sama pemain pasukan lawan hendaklah cuba menyambut anak kayu yang dikuis oleh
pemain sebelum jatuh ke tanah.
Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan
yang sedang bermain dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan
lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya. Mana-mana ahli hendaklah
membalingkan kayu anak masuk ke dalam lubang ataupun mengenai kayu ibu.
Sekiranya kayu anak itu masuk ke dalam lubang ataupun terkena kayu ibu yang di
letakkan secara melintang hanya pemain itu sahaja dikira mati. Sebaliknya, jika
kayu yang di balingkan oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu
ibu tersebut, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu
itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu ibu dikira satu mata.
Cara Kedua
Pemain tadi akan mengambil kayu anak dan melambungkan ke udara, kemudian
memukul kuat dengan kayu ibu. Pemain akan diberi peluang sebanyak tiga kali
jika pukulan pertama atau kedua tidak kuat.
Sekali lagi pemain lawan cuba menyambut, jika tidak berjaya pemain tadi boleh
mendapat mata dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata
dari langkah pertama.
Cara Ketiga
Seterusnya, pemain beralih kepada
langkah ketiga yang disebut ‘ patuk ular ’. Pemain menyandarkan kayu anak di
tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu anak dengan kayu ibu. Jika pukulan dibuat
dengan baik , kayu anak akan melambung ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia
untuk memukul kayu anak itu sebelum jatuh ke tanah dengan menggunakan kayu ibu.
Kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata
tertinggi memenangi perlawanan ini.
Peraturan Permainan
Antara peraturan yang perlu dikenakan kepada pemain atau pasukan dalam
permainan ini ialah:
1.
Permainan hanya boleh dimainkan secara kumpulan
sahaja. Sebaik-baiknya dimainkan dua kumpulan yang masing-masing mempunyai dua
atau tiga orang pemain.
2.
Setiap pasukan harus mempunyai satu set alat
permainan konda-kondi.
3.
Hanya dua batang
kayu yang berlainan saiz diperlukan.
4.
Setiap pemain termasuk pihak lawan tidak boleh
mengacah ketika pemain pertama memulakan permainan.
5.
Sekiranya pemain telah terbatal permainannya,
kayu yang digunakan harus diberi kepada pihak lawan dengan baik.
Perkara Yang Membatalkan Permainan
1.
Jika kayu anak dapat disambut oleh penjaga.
Pemain dikira ” mati ”.
2.
Jika kayu anak yang dilemparkan oleh penjaga
mengena kayu ibu atau termasuk lubang, pemain pemain dikira ” mati ” dan permainan
terpaksa diberhentikan.
3.
Pemain akan dikira mati apabila kayu anak jatuh
di suatu tempat yang jaraknya dengan lubang tidak sampai satu ukuran kayu ibu.
4.
Pada peringkat ketiga, pemain tidak dapat memukul
kayu anak sebanyak tiga kali, pemain seterusnya akan melakukan pukulan.
5.
Jika kayu anak terkena badan pemain, satu mata
kiraan akan ditolak.
6.
Kumpulan penjaga dapat bermain selepas pemain
akhir ” mati ”.
Kiraan Mata
Terdapat dua cara
mengira mata kemenagan:
- Mengukur menggunakan panjang kayu ibu. Cara ini adalah cara yang paling banyak digunakan oleh para pemain.
- Mengira padang atau mengira satu-satu pusingan dengan menentukan masanya. Misalnya selama satu jam.
Sekiranya salah satu kumpulan mempunyai mata yang lebih tinggi berbanding
pihak lawan, bermakna pusingan tersebut dimenangi oleh kumpulan yang mengutip
mata yang banyak.
Fungsi Masa Kini
Konda-kondi hanya
dimainkan oleh kanak-kanak untuk mengisi masa lapang mereka apabila penat
belajar. Kepopularan konda-kondi adalah terhad, permainan ini juga tidak dapat
dipastikan masa hadapannya. Mungkin suatu hari kelak permainan ini tidak lagi
dikenali.
Kesimpulan
Sebagai satu permainan tradisional, adalah diharapkan lebih baik permainan ini sebagai permainan yang dimainkan oleh murid-murid sekolah. Oleh demikian semua pihak sama ada pihak sekolah atau pihak berwajib harus mengenengahkan permainan ini sebagai salah satu aktiviti sukan yang penting.



.jpg)